Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam kekejaman
ialah :
1. Seorang
yang berdoa untuk dirinya sendiri,dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan
kaum mukmin.
2. Seorang
yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
3. Seorang
yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sholat dua rakaat.
4. Seorang
yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli
kubur.
5. Seorang
yang sampai di suatu kota pada hari Jum’at kemudian tidak sholat jemaah.
6. Seorang
yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar
apa-apa daripadanya.
7. Dua
orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama
kawannya itu.
8. Seorang
diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9. Pemuda
yang tidak ada kerja dan tidak mau belajar ilmu dan kesopanan.
10.
Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa
tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.
0 komentar:
Posting Komentar