Adab Tidur
Tidur bagi seorang
muslim adalah dikira ibadat jika ia memenuhi adab-adabnya yaitu:-
-
Membersihkan badan dari najis dan
hadas bila hendak tidur, disunatkan mengambil wuduk sekalipun ia berada dalam
hadas besar.
-
Kedudukan badannya di waktu tidur
mengadap ke kiblat seperti kedudukan mayat.
-
Membaca doa atau surah-surah yang
tertentu sewaktu hendak tidur, Rasulullah s.a.w. antara lainnya bila hendak
tidur membaca surah al-ikhlas, al-Falaq dan al-Nas dihembuskan bacaan itu di
kedua belah tangannya dan digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat
sampai. Bacaan dan perbuatan ini diulangnya sebanyak tiga kali berturut-turut.
Adab Bangun dari Tidur:
1.
Seorang Muslim
apabila sedar dari tidur di waktu pagi hendaklah melafazkan ucap syukur kepada
Allah s.w.t. kerana Allah masih memanjangkan umurnya untuk hidup. Ucapan syukur
yang bermaksud: "Puji-pujian bagi Allah yang menghidupkan kami selepas
kami dimatikan (tidur) dan kepadaNya kami kembali".
2.
Kemudian ia
bangkit menuju ke bilik air, ketika itu hendaklah ia kemaskan pakaiannya dengan
niat menutup aurat yang dituntut oleh syarak.
Adab Masuk dan Keluar Tandas
1.
Tandas adalah
tempat kotor, tidak digalakkan tinggal lama di dalamnya kecuali sekadar untuk
keperluan membuang air, disunatkan meletakkan sesuatu untuk menutup kepala
ketika masuk tandas. Dimulakan dengan membaca doa pelindung yang bermaksud:-
"Hai Tuhan, sesungguhnya aku minta perlindungan dengan Engkau dari syaitan
jantan dan betina".
2.
Kemudian
melangkah masuk dengan kaki kiri.
3.
Apabila telah
selesai membuang air hendaklah keluar segera dengan melangkah kaki kanan,
kemudian membaca doa kesyukuran kepada Allah yang bermaksud: "Puji-pujian
bagi Allah yang telah menghilangkan daripadaku kesakitan dan menyihatkan
aku".
4.
Apabila telah
selesai membersihkan najis hendaklah membaca doa bagi membersihkan kotoran
zahir dan batin yang bermaksud:- "Hai Tuhan bersihkan hatiku dari nifak
dan jagalah kemaluanku daripada zina".
Adab Bersugi dan Berwuduk
1.
Membersih mulut
dan gigi amat dituntut oleh Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-
"Kalaulah tidak kerana menyusahkan umatKu nescaya Aku menyuruh mereka
bersugi pada tiap-tiap kali sembahyang".
2.
Bersugi adalah
sunat menggunakan kayu sugi atau lain-lain alat sugi yang boleh membersihkan.
3.
Sesudah itu
mengambil wuduk, di waktu membersih anggota-anggota wuduk itu hendaklah
diingatkan untuk membersih kekotoran batin juga. Bagi mengikat hati seseorang
dari leka dan lalai ketika mengambil wuduk, setengah ulamak meminta supaya
membaca doa di setiap anggota yang dibasuh dan disapu. Dimulakan wuduk membaca
yang bermaksud: "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Hai Tuhan, aku minta berlindung dengan Engkau dari gangguan Syaitan dan aku
minta berlindung dengan engkau, hai Tuhan dari mereka datang kepadaku".
4.
Ketika membasuh
dua tangan hendaklah membaca doa yang bermaksud: "Hai Tuhan, sesungguhnya
aku meminta dari Engkau kesempurnaan dan keberkatan dan aku minta perlindungan
dengan Engkau dari kecelakaan dan kebinasaan".
5.
Ketika berkumur
hendaklah membaca doa yang bermaksud:- "Hai Tuhan, tolonglah aku membaca
kitab Engkau, banyak berzikir kepada Engkau dan tetapkanlah aku dengan
kata-kata yang tetap di dunia dan di akhirat".
6.
Ketika
memasukkan air ke hidung hendaklah membaca doa yang bermaksud: "Hai Tuhan,
berikan kepadaku bau-bauan syurga dan Engkau reda kepadaKu".
7.
Dan ketika
mengeluarkan air dari hidung hendaklah membaca doa yang bermaksud:- "Hai
Tuhan, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari bauan neraka dan kesiksaan
neraka".
8.
Ketika membasuh
muka selain dari niat wuduk bacalah doa yang bermaksud:- "Hai Tuhan,
bercahayalah mukaku dengan cahaya Engkau, pada hari bercahayanya muka wali-wali
Kamu dan janganlah kamu menggelapkan mukaku dengan kegelapan Engkau pada hari
menjadi hitam muka musuh-musuh Kamu".
9.
Ketika membasuh
tangan dan siku hendaklah membaca doa; bagi tangan kanan membaca doa yang
bermaksud:- "Hai Tuhan, serahkanlah rekod amalanku melalui tangan kananku
dan perhitungkanlah aku secara mudah".
10.
Dan bagi tangan
kiri hendaklah membaca yang bermaksud:- "Hai Tuhan sesungguhnya aku
berlindung dengan Engkau dari Engkau serahkan buku rekodku melalui tangan
kiriku atau dari belakang".
11.
Ketika menyapu
kepala hendaklah membaca doa:- "Hai Tuhan litupilah aku dengan rahmat Engkau,
turunkan keberkatan Engkau kepada aku, lindungilah aku dibawah bayang arasy
Engkau pada hari yang tidak ada sebarang perlindungan kecuali lindungan
bayangan Engkau, hai Tuhan, peliharalah rambutku dan kulitku daripada api
neraka".
12.
Katika menyapu
dua telinga hendaklah membaca doa yang bermaksud:- "Hai Tuhan, jadikanlah
aku dari kalangan orang yang mendengar perkataan maka mengikut yang baiknya,
hai Tuhan perdengarkanlah aku malaikat yang menyeru ke syurga, di syurga
bersama-sama orang yang baik-baik".
13.
Ketika membasuh
kaki kanan hendaklah membaca doa yang bermaksud:- "Hai Tuhan, tetapkanlah
kakiku di atas titian Sira al-Mustaqin bersama tetapnya kaki-kaki hamba-hambamu
yang salih".
14.
Dan ketika
membasuh kaki kiri hendaklah membaca yang bermaksud:- "Hai Tuhan,
sesungguhnya aku minta berlindung dengan Engkau dari tergelincirnya kakiku di
atas titian Sirat ke dalam neraka pada hari tergelincirnya kaki-kaki orang
munafik dan musyrik".
15.
Apabila selesai
mengambil wuduk, diakhiri dengan doa yang bermaksud:- Hai Tuhan, jadikanlah aku
dari golongan orang-orang yang bertaubat, jadikanlah aku dari golongan
orang-orang yang bersih dan jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang
salih".
Adab ke Masjid
Keluar ke Masjid ialah
menuju ke rumah Allah, untuk ke sana perjalanan hendaklah dalam keadaan tenang,
kusyuk dan rendah diri. Ketika keluar membaca doa yang bermaksud:- "Hai
Tuhan, jadikanlah dalam hatiku cahaya, di lidahku cahaya, jadikanlah pada
pendengaranku cahaya, jadikanlah pada penglihatanku cahaya, jadikanlah di belakangku
dan di hadapanku cahaya, dan jadikanlah di atasku cahaya, hai Tuhan berikanlah
kepadaku cahaya".
Adab Masuk dan Keluar Masjid
1.
Apabila sampai
ke Masjid masuklah dengan langkah kaki kanan dan membaca doa yang bermaksud:-
"Dengan nama Allah dan salam ke atas perutusan Allah, Hai Tuhan, ampunilah
dosa-dosaku dan bukalah pintu-pintu rahmat Engkau untukku".
2.
Apabila keluar
dari masjid hendaklah membaca doa yang bermaksud:-"Dengan nama Allah dan
salam ke atas perutusan Allah, Hai Tuhan, ampunilah dosa-dosaku dan bukalah
pintu-pintu kelebihan Engkau untukku".
Adab Dalam Masjid
1.
Apabila masuk
ke Masjid sebelum duduk hendaklah sempurnakan sembahyang sunat
"tahiyatul-Masjid" dua rakaat, lafaz niatnya yang bermaksud:-
"Sahaja aku sembahyang sunat tahiyatul-Masjid dua rakaat kerana Allah
Taala".
2.
Kemudian
diikuti dengan bacaan fatihah dan surah bagi tiap-tiap rakaat.
3.
Setelah selesai
sembahyang hendaklah diniat duduk iktikaf dalam masjid iaitu yang bermaksud:-
"Sahaja aku beriktikaf dalam masjid ini sunat kerana Allah Taala".
4.
Di waktu
iktikaf itu adalah sebaik-baiknya diisi dengan bacaan Quran, zikir, selawat ke
atas nabi, doa, sembahyang sunat dan lain-lain. Di dalam masjid ini hendaklah
dielakkan dari percakapan-percakapan bersifat keduniaan.
Adab Puasa
-
Puasa Ramadan
adalah puasa wajib. Selain dari itu terdapat puasa-puasa sunat yang digalakkan
oleh Syarak untuk peningkatan diri seseorang.
-
Puasa mingguan
iaitu hari Isnin dan Khamis.
-
Puasa bulanan
sehari di awal bulan, sehari di pertengahan bulan dan sehari di akhir bulan.
Selain dari itu disunatkan puasa hari ketiga belas, empat belas dan lima belas
pada tiap-tiap bulan.
-
Puasa dalam
bulan tertentu iaitu hari kesepuluh bulan Muharam (Asyura) dan hari kesembilan
(tasu*a), puasa sehari di awal sepuluh hari bulan Zulhijjah, bulan Muharram dan
bulan Rejab. Sunat banyak berpuasa pada bulan Syaaban.
-
Apabila
berpuasa hendaklah sentiasa menjaga adab zahir iaitu anggota dan lidah dari
melakukan dosa dan batinnya supaya sentiasa ikhlas dan mengingati Allah. Secara
umumnya niat puasa sunat ialah yang bermaksud:- "Sahaja aku puasa sunat
besok hari kerana Allah Taala".
Adab Baca Al-Quran
Membaca Quran adalah
ibadat. Setiap perkataan dan huruf yang disebut diberi pahala. Selain dari
menimbulkan kesedaran batin dan kebersihan rohani manusia, sebab itu Rasulullah
s.a.w. menekankan kepada sahabat-sahabatnya supaya meluangkan masa seberapa
yang banyak untuk membaca dan memahami al-Quran. Secepat-cepat pembacaan Quran
dikatamkan dalam masa tiga hari dan selewat-lewatnya jangan lebih dari sebulan
dan sebaik-baiknya Quran dapat dikatamkan bacaannya dalam masa seminggu. Para
sahabat kenamaan seperti Uthman, Zaid Ibn Thabit, Ibn Mas*ud dan lain-lain
mengkatamkan Quran dalam masa seminggu dengan dibuat penyusunan surah-surah
seperti berikut:-
-
Malam Jumaat,
Surah al-Baqarah - Surah al-Ma*idah
-
Malam Sabtu,
Surah al-*An*am - Surah Hud
-
Malam Ahad,
Surah Yusuf - Surah Maryam
-
Malam Isnin,
Surah Taha - Surah al-Qisas
-
Malam Selasa,
Surah al-Ankabut - Surah Sad
-
Malam Rabu,
Surah al-Tanzil - Surah al-Rahman
-
Malam Khamis
menghabiskan surah-surah yang baki.
Selain dari itu ada
surah-surah yang tertentu digalakkan ulang membaca setiap hari seperti Yasin,
al-Dukhan, al-Waqiah dan al-Mulk, lebih-lebih lagi pada hari dan malam Jumaat
dengan ditambah surah al-Kahf dan Ali Imran.
Membaca Quran untuk
keberkesanannya perlu kepada adab-adabnya antaranya ialah:-
-
Disunatkan
berwuduk untuk membaca Quran, memakai pakaian yang bersih dan di tempat yang
bersih.
-
Disunatkan
membaca auzubillah di permulaan membaca.
-
Disunatkan
duduk menghadap kiblat, dengan kusyuk dan tenang serta menundukkan kepala.
-
Disunatkan
bersugi sebagai membesarkan Quran dan membersihkan.
-
Hendaklah
diberi perhatian membaca Bismillah di awal tiap-tiap Surah kecuali surah
Bara*ah.
-
Disunatkan membaca
dengan penuh perhatian dan kefahaman, dengan demikian dapat melapangkan dada
dan menyinarkan hati.
-
Disunatkan
menangis atau menimbulkan tangisan di waktu membaca Quran atau melahirkan
perasaan sedih dan kusyuk.
-
Memerdukan
suara bila membaca Quran.
-
Disunatkan
membaca dengan Tafkhim.
-
Disunatkan
mengangkat suara atau merendahkan suara bila membaca Quran, ini bergantung
kepada suasananya.
-
Membaca
dimushaf lebih afdal dari membaca dari hafalan.
-
Apabila pembaca
tersilap atau terlupa ayat hendaklah dibaca ayat sebelum itu kepadanya.
-
Makruh
menutuskan bacaan dengan percakapan manusia.
-
Tidak harus
membaca Quran dengan bacaan Shaaz.
-
Sebaik-baik
bacaan ialah mengikut tertib yang disusun dalam mushaf.
-
Disunatkan
menepati sebutan setiap huruf dalam Quran mengikut penentuan yang ditentukan
oleh setiap wajah bacaan, tidak diubah kepada wajah bacaan lain.
-
Sunat mendengar
Quran apabila dibaca.
-
Waktu yang
diutamakan membaca Quran ialah di dalam sembahyang, waktu malam, separuh akhir
malam dan sebaik-baik siang selepas subuh.
-
Memelihara
kehendak-kehendak maksud ayat bila membacanya. Apabila membaca ayat Sajdah
hendaklah dilakukan sujud. Doa yang dibaca dalam sujud adalah mengikut konteks
ayat yang dibaca.
-
Dalam Quran
terdapat sebanyak 14 tempat ayat Sajdah. Apabila membaca ayat tasbih hendaklah
ia bertasbih dengan berkata subhanallah, ayat doa hendaklah berdoa dan
beristigfar dengan berkata:-
-
Disunatkan
berpuasa pada hari Khatam Quran.
-
Diakhiri bacaan
Quran dengan doa.
Adab Berdoa:
Allah berfirman
maksudnya "minta doalah daripadaKu, aku menerima doamu" (al-Mukmin
60)
-
Memilih waktu
yang baik bila bedoa seperti hari Arafah, hari Jumaat, bulan Ramadan, waktu
sahur, waktu malam dan sebagainya.
-
Memilih suasana
yang baik seperti di waktu sujud, waktu hendak mendirikan sembahyang waktu di
antara dua khutbah dan sebagainya.
-
Mengadap ke
Qiblat dengan mengangkat dua belah tangan sehingga nampak ketiaknya dan menyapu
dua tangan ke muka apabila selesai berdoa.
-
Tidak
mengangkat suara di waktu berdoa.
-
Berdoa dengan
penuh perasaan takut, gerun, kehebatan dan kebesaran Allah serta khusuk
kepadaNya.
-
Merasa tenang
dan yakin dengan penerimaan Allah dan menaruh penuh harapan kepadaNya.
-
Doa susunan
katanya tidak memberatkan dan tidak bersajak.
-
Berdoa dengan
penuh perhatian dan mengulang-ulang sebutan.
-
Memulai doa
dengan menyebut nama Allah dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
-
Membersihkan
batin dengan bertaubat kepada Allah dan hanya menerima Allah sepenuhnya.
-
Bersih badan
dari kekotoran hadas dan najis.
Adab Berzikir:
Allah berfirman maksudnya,
"maka ingatlah kepadaku, nescaya Aku ingat kepadamu".
"Sesungguhnya dengan berzikir kepada Allah dapat menenangkan hati".
-
Berzikir dapat
dilakukan dengan lidah atau hati sahaja, tetapi yang sebaik-baiknya berlaku
serentak di antara hati dengan lidah. Sebaik-baik tempat berzikir ialah di
tempat lapang dan bersih, digalakkan berzikir di Masjid dan tempat-tempat lain
yang bersih dan terhormat.
-
Berzikir
hendaklah dengan ada kesedaran hati, menyedari dan memahami apa yang diucapkan.
-
Berzikir dengan
penuh perhatian dan kemesraan terhadap ucapan itu "takbir" dengan itu
ucapan zikir hendaklah perlahan dan tidak cepat.
-
Kebersihan diri
dari kekotoran hadas dan najis.
Adab Bertaubat:
Allah berfirman
maksudnya, "Allah suka kepada orang yang bertaubat dan orang yang
bersuci".
1.
Taubat ialah
meminta keampunan dari Allah s.a.w. di atas kesalahan yang dilakukan samada
terhadap Allah atau manusia. Lafaz taubat yang bermaksud: "Aku meminta
ampun dari Allah yang Maha Besar yang tiada Tuhan yang lain melainkan Dia yang
hidup dan berdiri dengan sendiri dan juga aku minta taubat daripadaNya."
2.
Bagi
keberkesanan taubat perlu kepada memenuhi syarat-syarat ini, meninggalkan
daripada maksiat itu, menyesal di atas perbuatan yang dilakukan dan ia
berkeyakinan tidak akan kembali mengulangi maksiat itu selama-lamanya. Kalau
kesalahan itu berkaitan dengan hak manusia hendaklah dikembalikan atau diminta
izin daripadaNya.
0 komentar:
Posting Komentar