Rabu, 24 April 2013

Keuutamaan Surat Yasin



 RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah  surah yaasin kerana ia mengandungi keberkatan", yaitu:
 
 1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi  kenyang.
 2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
 3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
 4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
 5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
 6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
 7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
 8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia,  Allah meringankan siksanya.
 9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
 10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar  daripada penyakitnya.
 11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu  mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yaasin. Sesiapa membaca surah  Yaasin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran  sebanyak 10 kali.
 12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang  yang suka membaca surah Yaasin pada setiap hari, turunlah beberapa  malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya  diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
 13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya
 dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
 14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.  
 

0 komentar: