1.
Buddha meramalkan kedatangan seorang “Maitreya”:
A.
Hampir semua kitab agama Buddha mengandung ramalan ini. Di
dalam Chakkavatti Sinhnad Suttanta D. 111, 76:
“Akan
lahir ke dunia ini seorang Buddha yang dikenali dengan nama Maitreya (baik dan
murah hati). Maitreya ini ialah seorang yang suci, seorang yang tertinggi dalam
kuasa, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, yang bertuah dan yang mengenali
alam ini dan apa yang Maitreya ini dapat daripada alam ghaib beliau akan sebarkan
risalah ini keseluruh alam. Maitreya ini akan dakwahkan agama beliau yang agung
ini daripada awal hingga keakhir. Buddha berkata bahawa Maitreya ini akan
memperkenalkan satu cara hidup yang sempurna dan suci sebagaimana aku (Buddha)
memperkenalkan agama aku. Pengikut Maitreya ini lebih banyak daripada pengikut
aku (Buddha)”.
B.
Di dalam buku ini (Sacred Books of the East jilid 35 muka surat 225
“Aku
bukanlah satu-satunya Buddha saja. Setelah aku akan lahir seorang Buddha lagi
yang dikenali dengan nama Maitreya. Dia akan memiliki banyak sifat-sifat yang
mulia dan utama. Kalau anak murid aku beratus-ratus anak murid, Maitreya
tersebut beribu-ribu.”
C.
Satu Iagi ramalan tentang Maitreya (Kitab Agama Buddha oleh Carus muka surat
217 dan 218-dari negara Ceylon (Sri Lanka).
“Ananda
(anak murid Buddha) bertanya kepada Gautama Buddha, `Siapakah akan mengajar
kita semua selepas kamu meninggalkan kami?‘
Gautama
Buddha menjawab:
“Saya
bukanlah Buddha yang pertama atau yang akhir yang didatangkan ke dunia ini.
Selepas aku seorang Buddha lagi akan dihantar ke dunia ini. Dialah seorang yang
kudus atau suci, yang mempunyai kesedaran yang tinggi, yang dikurniakan dengan
kebijaksanaan, mempunyai akhlak yang baik, yang mengenali alam ini, pemimpin
manusia yang bijaksana, yang dikasihi oleh malaikat dan makhluk lain. Dia akan
mengajar kepada kamu semua satu agama atau kebenaran yang kekal abadi serta
yang terpuji. Agama yang diajar oleh Buddha ini akan menjadi satu cara hidup
yang sempurna dan suci. Kalau anak murid aku beratus-ratus tetapi anak murid
Buddha ini ialah beribu-ribu.”
Ananda
bertanya lagi, ‘Bagaimana kami hendak mengenali Buddha ini ?’
Jawab
Gautama Buddha: “Dia akan dikenali dengan gelaran Maitreya.”
>Perkataan
`Maitreya’ di dalam bahasa Sanskrit atau “Metteyya” di dalam bahasa Pali
bererti dia yang memiliki sifat kasih sayang, belas kasihan, baik atau murah
hati. Ia juga membawa makna seseorang yang pemurah dan mesra. Satu perkataan
Arab yang membawa erti segala sifat yang tersebut ialah ‘Rahmat’. Di dalam Al-Quran
(Surah Al Anbiyaa, Surah 21 ayat 107)
“Dan
tiadalah Kami (Allah) mengutus kamu (Muhammad),melainkan untuk (menjadi) rahmat
bagi semesta alam.”
Nabi
Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) dipanggil dengan gelaran “dia yang bersifat
kasih sayang atau rahmat atau ‘Maitreya’.
>Perkataan
Belas Kasihan dan dia yang Bersifat Belas Kasihan disebut di dalam Al-Quran
tidak kurang daripada 409 kali.
>Tiap-tiap
Surah di dalam AI Quran bermula dengan perkataan yang amat indah sekali iaitu
“Bismillah Hir-Rahman Nir-Rahim” yang berarti “Dengan Nama Allah Yang Maha
Pemurah Lagi Maha Penyayang’.
Hanya
Surah At Taubah (Surah 9) tidak bermula dengan perkataan Bismillah
>Perkataan
Muhammad ada juga di eja “Mahamet” atau “Mahomet” atau ejaan yang lain dalam
berbagai bahasa. Perkataan “Maho” di dalam bahasa Pali dan “Maha” di dalam
bahasa Sanskrit bererti sangat baik atau besar atau sangat mulia dan masyhur
dan perkataan “Metta” berarti belas kasihan. Maka perkataan “Mahamet” atau
”Mahomet” berarti Belas Kasihan Yang Amat Besar.
2.
Ajaran agama Buddha untuk semua lapisan masyarakat:
Mengikut
buku Sacred Books of the East, jilid 11, muka surat 36 Maha-Parinibbana Sutta
Bab 2 Ayat 32:
Buddha
pernah menyebut “Saya sudah menyampaikan keseluruhan agama saya yang benar
kepada semua lapisan masyarakat. Wahai Ananda, (anak murid beliau) seorang
Tathagata tidak menyimpan sesuatu kebenaran tetapi dia akan sebarkan atau
mengajar keseluruhan agama itu.
Nabi
Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) diperintah oleh Allah Tuhan yang Maha Berkuasa
untuk menyampaikan keseluruhan agama Islam kepada semua lapisan masyarakat
tanpa menyimpan atau menyembunyikan sesuatu kebenaran. Hatta daripada zaman
Nabi (Salawatu Alai Wasalam) hingga ke hari ini dan seterusnya Al-Quran dibaca
dan di ajar secara terbuka. Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) dengan tegas
melarang sesuatu ajaran agama itu disembunyikan.
3.
Anak Murid Dan Khadam Yang Setia Kepada Buddha:
Mengikut
buku Sacred Books of the East, jilid 11 muka surat 97 Maha-Parinibbana Sutta
Bab 5 Ayat 36:
“Di
dalam satu syarahan Gautama Buddha memberi tahu kepada pengikut beliau,
bahawasanya semua Buddha dahulu memiliki anak murid dan khadam yang amat setia
kepada mereka. Anak murid dan khadam yang amat setia kepadaku sekarang ialah
Ananda. Seterusnya Buddha yang akan datang pun akan ada anak murid dan khadam
yang amat setia kepada mereka”.
Nabi
Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) pun memiliki seorang anak murid dan khadam
yang amat setia. Beliau ialah Anas bin Malik (R.A) yang dihadiahkan oleh
keluarga beliau kepada Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) semasa Anas (R.A)
berumur 8 tahun. Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) amat mengasihi Anas dan
mengangap Anas sebagai anak Baginda sendiri. Anas (R.A) sentiasa mendampingi
Nabi (Salawatu Alai Wasalam) mahupun masa senang atau susah, masa perang, atau
masa damai sampai Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) wafat.
>Di
dalam peperangan Uhud nyawa Nabi dalam keadaan bahaya dan Nabi hampir
dibunuh.Walaupun begitu Anas tetap dengan Nabi.Umurnya di masa itu hanya 11
tahun sahaja.
>Dalam
peperangan Hunain Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) dikepong oleh musuh
yang terdiri daripada pemanah dan nyawa Baginda (Salawatu Alai Wasalam)
terancam tetapi Anas (R.A) walaupun berumur 16 tahun tetap bersama Nabi
(Salawatu Alai Wasalam).
Peristiwa
yang tersebut di atas membuktikan bahawa Anas (R.A) ialah seorang anak murid
dan khadam yang benar-benar setia kepada Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam)
sama seperti Ananda kepada Gautama Buddha. Di dalam satu peristiwa Buddha di
serang oleh seekor gajah yang gila. Walaupun demikian Ananda tetap bersama
Buddha.
4.
Enam Kriteria Untuk Mengenali Buddha:
Mengikut
Kitab Agama Buddha yang di tulis oleh Carus, muka surat 214:
“Buddha
pernah berkata: “Terdapat dua peristiwa di mana rupa Tathagata (Buddha) akan
jadi amat cerah. Peristiwa yang pertama ialah di waktu malam bila mana beliau
sudah sampai ke tahap yang paling tinggi dari segi rohani (Nirvana). Peristiwa
yang kedua ialah pada malam Buddha meninggal dunia yang fana ini (dia mati)”.
Mengikut
Gautama Buddha ada enam kriteria untuk mengenali seorang Buddha:
>Seorang
Buddha akan mencapai tahap yang paling tinggi dari segi rohani (Nirvana) di
waktu malam.
>Di
waktu dia mencapai Nirvana rupanya akan menjadi amat cerah.
>Seorang
Buddha akan meninggal dunia atau mati dengan sebab yang biasa (natural death).
>Seorang
Buddha akan meninggal dunia di waktu.malam.
>Sebelum
kematian rupanya akan menjadi amat cerah.
>Selepas
kewafatan,seorang Buddha tidak akan wujud atau ada di alam dunia ini lagi.
>>
Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) mencapai darjat yang paling tinggi di
waktu malam bila mana Baginda (Salawatu Alai Wasalam) di lantik menjadi seorang
Rasul.Daripada Al-Quran (Surah Dukhan – Surah 44 Ayat 2-3):“Demi Kitab
(Al-Quran) yang menjelaskan, sesungguhnya Kami (Allah) menurunkannya pada suatu
malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi
peringatan”. Mengikut satu lagi ayat daripada Al-Quran (Surah Al Qadr
(Kemuliaan) Surah 97 Ayat 1).“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran)
pada malam kemuliaan”
>>Semasa
Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) di lantik menjadi seorang Rasul baginda
merasa dirinya dan kefahamanya dipenuhi dengan cahaya rohani.
>>Nabi
Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) wafat atau meninggal dunia dengan sebab yang
biasa (natural death).
>>Mengikut
Siti Aisyah (R.A) Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) wafat atau meninggal
dunia di waktu malam. Malam kewafatan Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam)
tidak ada minyak lampu di rumahnya. Hatta Siti Aisyah (R.A) terpaksa meminjam
sedikit minyak untuk menyalakan lampu.
>>Mengikut
Anas (R.A) (Anak murid dan khadam setia kepada Nabi) malam kewafatan Nabi
Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) rupa Nabi (Salawatu Alai Wasalam) amat cerah
sekali.
>>Selepas
pengkebumian Nabi Muhammad (Salawatu Alai Wasalam) (jasadnya) tidak dilihat
lagi di alam dunia ini.
5.
Semua Buddha adalah Pendakwah atau memberi Peringatan:
Mengikut
Dhammapada (Sacred Books of East, jilid 10 muka surat 67) “Semua
Jathagatas (Buddha) adalah Pendakwah atau memberi peringatan”.Dalam Al Quran
Allah (SubhanAllah Wa Taala) menyebut tentang Nabi Muhammad (Salawatu Alai
Wasalam).“Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang
memberi peringatan. Kamu bukanlah orang yang berkuasa atas mereka”
(Al-Quran, Surah Al-Ghaasyiyah, (Surah 88 Ayat 21-22).6. Ramalan Gautama Buddha
Untuk Mengenali Seorang Maitreya:
Mengikut
Dhammapada, Mattaya Sutta, 151: Maitreya yang di tunggu akan memiliki
sifat-sifat yang terpuji seperti yang tersebut dibawah:>Perasaan belas
kasihan untuk semua makhluk.> Seorang utusan keamanan dan seorang
pendamai.
>Yang
paling berjaya di alam ini. Maitreya sebagai pendakwah moral adalah:
>>Seorang
yang sentiasa bercakap benar
>>Yang
berbudi bahasa.
>>Yang
bersifat lemah lembut dan dari keturunan bangsawan.
>>Tidak sombong
atau angkuh.
>>Sebagai
raja atau pemimpin kepada makhluk.
>>Sebagai
contoh ikutan (dalam amalan dan perkataan atau percakapan) untuk semua
manusia.
6.sumber
lainnya :
Vajra
Pestle (salah satu alat terpenting dalam Darma) dan Naskah Buddha di SiChuan,
China. Dalam naskah Buddha terdapat ramalan oleh Pimpinan Agung Buddha Gautama
tentang kedatangan seseorang yang sangat menginspirasi. Dalam ramalan tersebut
terdapat banyak kesamaan dengan sosok Nabi Muhammad.
BEIJING (Berita
SuaraMedia) – Pimpinan Buddha Gautama, telah meramalkan kedatangan seseorang
yang menginspirasi. Di dalam kitab Buddha oleh Caras (hal. 217-8). Ramalan
tersebut ditulis bahwa Buddha agung ini akan datang ke dunia dikenal sebagai
“Maitreya”.
Cakkavatti-Sihanada
Suttana memberinya nama “Metteyya”. Kedua nama tersebut dalam kata-kata berarti
“Yang Penuh belas kasihan.” Dengan rujukan pada sejarah Nabi Muhammad S.A.W,
bisa dilihat bahwa ia memang sangat penuh belas kasihan dan Al-Qur’an juga
merujuk pada fakta ini.
Ada kesamaan lebih
jauh, seperti yang Naskah Buddha sebutkan: “Para Penganut Maitreya akan
berjumlah beri-ribu orang, sementara jumlah penganut saya sebanyak ratusan.”
Ini adalah sebuah
fakta terkenal bahwa Muhammad S.A.W memiliki penganut ribuan. Ada kesamaan
lebih jauh, yang mana dijelaskan selanjutnya.
Dalam naskah Buddha
(oleh Carus – hal. 214), sebuah pencerahan Buddha digambarkan memiliki sebuah
kulit yang terang dan bahwa, seorang Buddha mendapatkan penglihatan utama pada
malam hari, ia meninggal secara alami pada malam hari, terlihat sangat terang
sebelum kematiannya, dan pada akhirnya, setelah kematiannya ia berhenti ada di
dunia ini. Semua inti tersebut dapat diterapkan pada Nabi Muhammad.
Dalam Si-Yu-Ki, volume
1 halaman 229, tertulis bahwa “…tidak ada kata-kata yang bisa menggambarkan
keindahan pribadi Maitreya”.
Sekali lagi, penilaian
ini diserahkan kepada para pembaca untuk memeriksa sejarah Islam dengan
terperinci; keduanya, Muslim dan non-Muslim hampir sepakat dalam menegaskan
bahwa Muhammad S.A.W. sangat tampan dan memang indah.
Si-Yu-Ki voume 1
(halaman 229) lebih jauh membacakan “…keindahan suara Bodhisattva (Maitreya)
lembut dan murni dan sopan; mereka yang mendengarkan tidak akan bisa lelah,
mereka yang mendengarnya tidak pernah jenuh.”
Bahasa Arab luar basa
untuk keindahannya. Terlebih lagi, kitab suci Al-Qur’an dianggap sebuah hasil
karya sastra unik tertinggi dipuji oleh kawan begitu juga lawan.
Naskah Buddha telah
menjelaskan lebih jauh karakteristik Buddha. Dengan tujuan memenuhi persyaratan
untuk Maitreya, ia harus puas dengan syarat-syarat tersebut.
Seorang Buddha
pastilah seorang manusia – bukan seorang dewa. Seorang Buddha pastilah memiliki
lima anugerah khusus. Anugerah harta karun, anak, istri, kepengaturan (kepemimpinan),
dan kehidupan dan anggota badan.
Tambahan pula, Buddha
akan tidak memiliki guru, contohnya tanpa ada bentuk apapun dari pendidikan
formal. Gautama juga telah menekankan bahwa Buddha hanyalah seorang manusia
biasa, keselamatan hanya bergantung pada sikap seseorang, Buddha hanya bisa
berceramah – ia tidak memiliki klaim menjadi bagian dari supernatural.
Karakteristik di atas
sejalan dengan kehidupan Nabi Muhammad S.A.W.
Kesamaan lainnya yang
seharusnya disebutkan adalah untuk setiap pencerahan Buddha, ada sebuah “pohon
Bo”. Beberapa komentator modern percaya bahwa “pohon Bo” dari Maitreya adalah
sebuah pohon dengan kayu berat.
Nabi Muhammad melihat
sebuah pohon di Hodebbeyya, yang adalah tempat dari sebuah perjanjian yang
penting. Al-Qur’an memberi nama “Shejar” pada pohon ini (Surat 48; ayat 18).
“Shejar menurut beberapa cendekiawan merujuk pada pohon apapun dengan sebuah
batang yang keras.
Sekali lagi, merupakan
hal yang sangat luar biasa bahwa kesamaan semacam itu memang ada.
0 komentar:
Posting Komentar