Jumat, 26 April 2013

PERKARA YANG AMAT DIBENCI ALLAH PADA SEORANG WANITA



1.Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman," Hiduplah dengan  apa yang kau suka."
2.Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim.
3.Perempuan yang memakai kain yang nipis & jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yang mendatangkan keghairahan kepada  orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.
4.Wanita yang jahat lebih buruk dari 1000 orang lelaki yang jahat.
 
Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah & Rasulnya. Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yang dikurniakan kepada kita semua. Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama karna merasa pengorbanan mereka tidak dihargai. Dan mereka turut melaungkan persamaan hak seperti di barat. Ini semua bukanlah salah mereka...tetapi kitalah yang bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yang dianugerah kan dengan tugas kenabi-nabian. Memberi harapan & bimbingan kepada manusia...
 
WANITA YANG DIMURKAI OLEH ALLLAH
 
Sebagaimana Allah suka dengan wanita yang solehah, Allah juga sangat murka kepada beberapa jenis wanita. Oleh itu sangat perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebenciannya supaya kita terhindar dari kemurkaannya.  Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dahsyat sehinggakan nabi-nabi-nabi-nabi pun sangat takut. Bahkan Nabi-nabi  Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi-nabi Ismail karna  ketakutan yang amat sangat. Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Nabi-nabi S.A.W.  bersabda: -

"Seorang wanita yang berkata kepada suaminya,"semoga engkau mendapat kutukan  Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke7 & mengutuk pula  segala sesuatu yang dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk yaitu manusia & jin."

Ab.Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi-nabi s.a.w bersabda: "Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib & sunnatnya."
 
Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Nabi-nabi S.A.W. bersabda: -

"Kalau seandainya apa yang ada dibumi ini merupakan emas & perak serta dibawa oleh seorang wanita ke rumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata-kata angkuh,"engkau ini siapa? Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun." Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak.
 
Nabi-nabi S.A.W. adalah seorang yang sangat kasih pada ummatnya & terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dari azab Allah. Beliau menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan, keletihan & tekanan. Begitu juga air mata & darah baginda telah mengalir semata-mata karna kasih-sayangnya terhadap kita.

Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita, keluarga kita & seluruh ummat baginda. Sebagai penutup ikutilah kisah seterusnya ini sebagai iktibar bagi kita.
 
Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah S.A.W. & kami temui baginda sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau,"mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "pada malam aku di Isra'kan kelangit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis."

Saya bertanya lagi,"wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Beliau bersabda: -
 
1.Wanita yang digantung dengan rambutnya & otak kepalanya mendidih.
2.Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
3.Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
4.Wanita yang digantung , diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.
5.Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
6.Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
7.Wanita yang bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.
8.Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) & badannya membusuk akibat  penyakit kulit dan lepra.
9.Wanita yang berkepala seperti kepala babi & keldai yang mendapat berjuta jenis siksaan.
 
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita2 itu."  Rasulullah S.A.W. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang : -
 
1.Wanita yang digantung dengan rambutnya karna dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.
2.Wanita yang digantung dengan lidahnya karna dia menyakiti hati suaminya dengan  kata
3.Kemudian Nabi-nabi S.A.W. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.
4.Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya karna dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
5.Adapun wanita yang diikat dengan kaki & tangannya itu karna dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haidh & nifas.
6.Adapun wanita yang memakan badannya sendiri karna suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.
7.Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya karna melihat perhisannya.
8.Adapun wanita yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking karna dia mampu mengerjakan solat & puasa.Tetapi dia tidak mau berwudhuk & tidak solat serta tidak mau mandi wajib.
9.Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti kaldai karna diasuka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.
10.Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing karna dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

Dan ada diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Diantara sifat buruk mereka: -
 
1.Isteri Nabi-nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.
2.Isteri Nabi-nabi Lut suka bertandang ke rumah orang.
 
Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah...maka kita kena kuwatir. Takut kita tergolong dalam mereka yang tidak diberi petunjuk oleh Allah. Nauzubillahi min zalik.
 
Hiasilah Diri Kita Dengan KEIMANAN Bukan Dengan KEEGOAN.
 
 

0 komentar: