A. SIFAT-SIFAT
TERPUJI MUKMININ
1. Taubat artinya meninggalkan segala perbuatan tercela
yang telah dikerjakannya dengan niat kerana membesarkan Allah s.w.t. Orang yang
bertaubat mestilah memenuhi syarat-syarat berikut :
a) Meninggalkan maksiat dengan kesedaran.
b) Menyesal dengan perbuatan yang telah dikerjakan.
c) Berazam tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.
2.
Khauf artinya takutkan Allah
s.w.t, takutkan kemurkaanNya dengan memelihara din dan melakukan
perkara-perkara yang ditegah.
3.
Zuhud artinya bersih atau suci
hati dari berkehendakkan lebih dari keperluannya serta tidak bergantung kepada
makhluk lain. Hatinya sentiasa mengingati bahawa harta yang dimilikinya adalah
sebagai amanah dari Allah.
4.
Sabar artinya tabah atau cekal
menghadapi sesuatu ujian yang mendukacitakan.
5.
Syukur artinya menyedari bahawa
semua nikmat yang diperolehinya baik yang lahir mahupun batin semuanya adalah
dari Allah dan merasa gembira dengan nikmat itu serta bertanggungjawab kepada
Allah.
6.
Ikhlas artinya mengerjakan amal
ibadat dengan penuh ketaatan serta semua perbuatan yang dilakukan semata-mata
mengharapkan keredhaan Allah, bukan kerana tujuan lain.
7.
Tawakal artinya berserah diri
kepada Allah dalam melakukan sesuatu rancangan.
8.
Mahabbah artinya kasihkan Allah
dan hatinya sentiasa cenderung untuk berkhidmat dan beribadat kepadaNya serta
bersungguh-sungguh menjaga diri dan jauhkan dari melakukan maksiat.
B. SIFAT-SIFAT TERCELA MUKMININ
1. Syarhul Thaa’am artinya gemar kepada makan atau
makan terlalu banyak.
2. Syarhul Kafam artinya gemar kepada bercakap yang
sia-sia, percakapan yang tidak berfaedah kepada dunia dan akhiratnya.
3. Gha’dhab artinya bersifat pemarah dan cepat
melenting walaupun kesilapan berlaku pada perkara yang kecil.
4. Hasad artinya dengki akan nikmat yang ada pada orang
lain serta suka jika orang itu susah.
0 komentar:
Posting Komentar