Senin, 29 April 2013

Berniatlah Ketika Berwudhu



Sekedar renungan untuk sama-sama dihayati...semoga kita semua mendapat manfaatnya...

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Antaranya adalah yang berkaitan dengan Wudhu... yaitu antara rutin yang mesti dilakukan samada untuk menunaikan solat, membaca Al-Quran dan sebagainya... Ketika berwudhu, sebaik-baiknya cubalah didik hati supaya dapat niatkan sesuatu spt berikut :
1.    Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2.       Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, janganlah kau hitamkan muka ku ini."
Penjelasan: Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3.       Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.

4.       Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.

5.       Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan : Panas di Padang Masyar seumpama matahari sejengkal di atas kepala.

6.       Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" .
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah, lagu2 berunsur maksiat ..

7.       Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan. "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8.       Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
Penjelasan :Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wudhu sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu...

Peringatan untuk diri sendiri jua.... Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang diridhoi-NYA serta mendapat rahmat-NYA selalu... Amin......

0 komentar: