Ayuhal Mu’minun Itaqullah Usi kum wa iya
ya bi taqwallah fakat fazal mu’takun.
Assalamualaikum
Warahmatullahitaala Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Di sini dengan penuh
kesyukuran kehadrat Illahi dan berterima kasih kepada semua, kerana mengizinkan
rencana ini bercakap dengan minda anda. Juga dengan penuh rasa sedih, pilu dan
dukacita di atas kesilapan serta kekurangan yang mungkin saya lakukan dalam
menyampaikan pengiktibaran ini. Wallahualam.
Alhamdulillahirobilalamin, Wa solah tu was salam
muala asyrofil ambia’ iwal mursalin saidina wa maulana Muhamaddin wa ala alihi
wa asobihi Mujahiddin Nathokhirin, Ama ba'du…
Saudara-saudara kaum Muslimin yang seiman dan
sekeyakinan yang berbahagia. Pada suatu hari, seketika sedang berkumpul dengan
para sahabat, Rasulullah memberikan peringatan, baginda bersabda:
"yu shi ku anta da'a alaikumul umamu, kama ta'da al akala atu kos atiha"
Pada suatu saat nanti, akan datang
ditengah-tengah kamu, wahai umat Islam, dimana orang-orang lain di sekeliling
kamu akan bersatu mengerubungimu, seperti bersatunya orang-orang mengerubungi
makanan diatas meja hidangan. Akan datang satu saat nanti dimana kondisimu akan
dikepung sedemikian rupa. Yang barat mahu menerkam, yang timur mahu menghentam,
yang selatan mahu menginjak-injak dan yang utara pun akan menjelajah. Kondisimu
ibarat makanan diatas meja hindangan. Sebahagian sahabat merasa hairan dan
terkejut, lalu mereka bertanya:
“amin kilatil nahnu yau ma izin, Ya
Rasulullah"
Apakah jumlah kami sedikit ya Rasul, kami sampai dikepung sedemikian rupa?
Baginda menjawab: “bal antum yau ma izin
kassir"
Sama sekali tidak. Kamu tidak sedikit pada saat itu, bahkan jumlah mu sangat banyak, kamu adalah majoriti.
“wala kin nakum ghusa unka ghusa is sa il"
Tetapi keadaanmu saat itu persis seperti buih dilautan. Banyak tetapi berserakan, banyak tetapi tidak mempunyai daya dan kekuatan, banyak tetapi dipermainkan gelombang lautan. Dihempas ketepian pantai tanpa punya makna dan erti. Kondisimu pada saat itu yang merupakan quatiti yang tanpa qualiti. Sehinggakan orang lain mudah saja mengepungmu, aqidah mu didangkalkan dibanjiri dengan peradaban dan kebudayaan yang menjauhkan diri dari agama. Dari segi maksiat dan mungkaran seluruhnya mengepung sampai kita melepaskan nilai-nilai Islam kita ini. Dan celakanya sambung baginda:
"wal yan zi anta fil qulu bi a'duwikum wal
maha batan min kum"
Akan dicabut kehebatanmu dimata musuh-musuhmu. Sehigga pada saat seperti itu, orang lain memandangmu umat Islam ini lemah saja, remeh saja, tidak ada apa-apanya, sudahlah, pokoknya umat Islam ini boleh dipermainkan saja. Umat Islam mudah, umat Islam kecil lantas mereka tiada kemampuan dalam mempertahankan KeIslamannya.
Mengapakah Rasul memberikan peringatan ini?
Antaranya adalah atas dasar tarbiyah dan pembersihan jiwa yang diumpamakan
seperti siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai
dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur
jika dibajai dan disirami. Demikianiah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu
atau jemaah adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup
hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati
itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap seialu
kerana ia mungkin berkarat.
Rasuluilah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi.
Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya
wahai Rasulullah?.
Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).' (HR Al Baibaqi)
Iman yang berada dalam iiwa manusia sentiasa
terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai
penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu
banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui
keimanan kita.
Sabda Rasuluilah SAW:
"Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memobon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.' (HR Al Hakim dan At Tabrani)
Justeru itu, peringatan akan hadith yang awal
tadi, memaksa umat Islam senantiasa dalam keadaaan berjaga-jaga menghadapi hari
itu yang mungkin sudah pun berputik dikala ini. Menjadikan Islam sebagai satu
alternatif penyelesaian kepada masalah umat manusia mestilah lahir daripada
keyakinan yang berteraskan keimanan, bukan disebabkan kegagalan sistem-sistem
lain. Islam hanya boleh memainkan peranannya untuk menyelesaikan masalah
manusia apabila ianya diambil secara syumul dalam bentuk konkrit. Oleh itu
setiap pekerja (amilin) Islam mestilah dibentuk dan diproses berteraskan aqidah
tauhid yang bersumberkan daripada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Islam
tidak akan dapat dibangunkan tanpa rijal (pahlawan). Rijal tidak dilahirkan
tanpa melalui proses Tarbiyah. Dan Tarbiyah tidak akan memberi sebarang kesan
tanpa penglibatan dan penghayatan yang bersungguh-sungguh daripada setiap
individu.
Adalah menjadi harapan dan keyakinan setiap
muslim bahawa masa depan adalah milik Islam. Dunia Islam pada hari ini sedang
menghadapi berbagai-bagai permasalahan yang mengongkongi segenap kehidupan
orang-orang Islam. Permasalahan ini berpunca daripada kejahilan serta kelalaian
ummat Islam sendiri terhadap agama yang mereka anuti itu. Akibat daripada itu
maka timbullah berbagai-bagai fahaman assabiyyah dan sekular. Kepercayaan ini
telah merosakkan asas aqidah ummat Islam sehinggalah mereka berpecah belah dan
berhasad dengki di antara satu sama lain.
Keadaan ini telah memberi ruang kepada
musuh-musuh Islam untuk menghancurkan atau melemahkan mereka semua sehingga
mereka sudah tidak terdaya lagi untuk bangun menyuarakan kebenaran Islam.
Kekuatan mereka menjadi lemah dan musuh-musuh Islam datang dari segenap penjuru
menyerang mereka dan melakukan segala bentuk kekejaman terhadap umat Islam.
Islam tidak merelakan semua ini terjadi dan melihat kaum muslimin menyerah
kalah dan tunduk berlutut di hadapan musuh-musuh Allah dalam keadaan yang
terhina dan memalukan.
Alangkah ironi nya, alangkah menyedihkan,
memilukan dan sekaligus memalukan. Umat yang majoriti ini dipermainkan oleh
yang minoriti. Umat yang terbesar, terbanyak, bahkan kononnya menurut
sesetengah catatan mencecah sampai melebihi 50%, tapi dipermainkan oleh mereka
kelompok-kelompok yang lebih kecil ini.
Sabda Rasul seterusnya: “wal yak zifan nafi qulu
bikumul wahan."
Pada saat itu, pada hatimu dicampakkanlah penyakit wahan.
Sahabat kemudian bertanya: “wa mal wahnu ya
Rasulullah."
Apakah penyakit wahan itu, ya Rasul.
Baginda menjawab: “hubut dunia wakarohiyatul
maut."
Penyakit wahan itu, tidak lain, adalah "hubut dunia wakarohiyatul maut," yakni terlalu cintakan kepada dunia dan terlalu takutkan kepada mati. Materialistik, dan takut risiko. Dua penyakit inilah yang menyebabkan, walaupun umat ini majoriti, tetapi dipermainkan oleh yang minoriti. Walaupun ia golongan terbesar, tapi nasibnya sama seperti makanan di meja makan, dari segala macam penjuru, mahu menghentam kita.
Saudara-saudara kaum muslimin yang berbahagia,
ini merupakan analisa-sosial, bahawa pada satu saat nanti, akan terjadi
ditengah-tengah umat, di mana kita dihentam dan diserbu dari segala macam
penjuru. Aqidah didangkalkan, peradaban dan kebudayaan dirosak, makanan dan
minuman diracuni, pakaian ditelanjangi dan lain, sebagainya. Sehinggakan, kita,
melepaskan nilai-nilai iman dan nilai Islam yang kita cintai ini. Kondisi
sosial ini, suatu saat nati akan datang kepada kita. Demikian analisa dan
peringatan dari Rasulullah S.A.W.
Marilah sekarang kita melihat; adalah benar
dizaman sekarang, kita, Insyallah, akan menghampiri peperangan, yang mungkin
tidak serupa seperti perang yang dialami oleh Rasul dan para sahabatnya.
Tetapi, sesungguhnya perang yang kita hadapi di zaman sekarang ini, tidak kalah
hebatnya, dengan perang Badar, tidak kurang dahsyatnya, dengan perang Uhud dan
tidak kurang ngerinya, dengan perang Khandak. Hanya saja, yang kita hadapi
sekarang ini, bukan sekadar jet-jet pemusnah stealh, B52, peluru perpandu
patriot, mother of all bomb dan sebagainya. Yang kita hadapi sekarang ini,
adalah juga perang aqidah, perang ideologi, perang mempertahankan keyakinan.
Yang kalau kita kalah sekarang, kita masih lagi, Insyallah beragama. Tetapi,
anak kita, cucu kita, generasi yang akan hidup lima, sepuluh, dua-puluh,
tiga-puluh tahun yang akan datang………Wallahualam-bi-sawaf !
Islam, saudara-saudaraku, tidak mungkin hilang
dari dunia.Tetapi, tidak mustahil Islam gulung tikar dari desa kita, tidak
mustahil ! Islam gulung tikar dari kampung dan kota kita, malah negara kita.
Jikalau tidak menjaganya, jikalau kita tidak memeliharanya, bahkan jikalau
tidak mewariskan kepada anak-anak kita, generasi yang akan datang.
Marilah kita mengingat sejenak, bagaimana, Islam
di Spanyol yang pernah jaya, pernah mewarnai daratan Eropah dan yang sekarang
ini hanya tinggal ceritanya saja.
Ini pernah diperingatkan oleh baginda Rasul
dalam satu Hadis:
"sayati ala umati zamanun, ya lab kol Islam ala ismun, wala minal Quran ila rosmun."
Akan datang satu masa ditengah-tengah umat ku,
dimana Islam ada, tetapi, hanya tinggal namanya saja. Dan Quran pun ada,
tetapi, sekadar cuma tinggal tulisan nya saja.
Apabila kita tidak mewariskan ini kepada
generasi yang akan datang, maka, serbuan-serbuan dari segenap macam penjuru,
dari hari ke hari, semakin kita rasakan kehebatannya. Tidak mustahil sejarah
Spanyol, akan terjadi dan berulang kembali.
Orang Spanyol, kalau mereka bercerita kepada
anak mereka..., mereka akan bercerita;
Ayah : Nak, disini dulu ada Mesjid.
Anak : Bila Ayah?
Ayah : Dulu-dulu.. sangat’. Banyak orang Islam. Dan kalau hari Jumaat, ra..mai orang solat.
Anak : Bila tuh, Ayah?
Ayah : Dulu-duluuuuu.. sekali! ………Sekarang, sekarang nih, sekadar tinggal.. ceritanya saja.
Bukankah sesuatu yang sangat tidak mustahil
apabila kita tidak menjaga dan mewariskan Islam ini kepada generasi yang akan
datang. Maka, serbuan-serbuan akan mendatangkan hasil yang dingini oleh para
penyerbu itu tadi.
Kita sudah jadi umat yang majoriti, tetapi, umat
yang majoriti ini, menurut Rasul, dikepung sedemikian rupa. Aqidahnya
didangkalkan, peradaban dan kebudayaannya ditekan sedemikian rupa, kehidupan
sosialnya dibuat individualis. Kemudian, dari segi pergaulan, pakaian, makanan,
minuman dan sebagainya, diracuni. Sampai kita, tidak berpegang teguh kepada
Islam. Dan dikala itu, akan hilang kehebatan umat ini dimata musuh-musuhnya.
Orang lain memandang kita ringan saja, mudah saja, satu umat yang telah
kehilangan wibawa. Padahal, konon khabarnya, kita ini umat majoriti.m Terlalu
mudah bagi mereka untuk mengkotak-katikkan kita. Dan dikala itu dihati kita
bermaharajalela penyakit wahan.
Apakah penyakit Wahan itu?
Pertama, "hubut dunia", terlalu cinta akan dunia. Terlalu cinta kepada dunia, ynag menyebabkan kita lupa. Lupa, akan tanggungjawab dan kewajipan, lupa meneruskan dan mewariskan Islam ke generasi akan datang. Kita, berlumba-lumba dan terus berlumba, hanya sekadar mengejar dunia dan seluruh isinya. Baik ianya bernama material, baik ianya bernama sexual, baik ianya bernama pangkat, jawatan dan kedudukkan.
Berlumba-lumba kita didalamnya, sampai
tercampaklah penyakit "hubut dunia", didalam hati ini. Berurat dan
berakar dunia itu, sulit dan berat lah kita berpisah daripadanya. Akibatnya,
kemahuaan untuk berbuat, melakukan sesuatu itu demi, dan atas dasar agama
sangat sulit terwujud didalam kehidupan ini.
Yang kedua, "karohiyatul maut",
terlalu takut kepada mati; baik mati ajal, baik mati usahanya, baik mati
'career' nya, baik mati pangkat dan jawatannya. Sehingga dengan demikian,
implikasinya, maka jatuhlah kita menjadi umat yang kehilangan wibawa dimata
orang lain.
Saudara-saudara kaum Muslimin Rahimahkumullah,
Kita katakan tadi, perang yang kita hadapi dizaman sekarang ini, adalah perang
aqidah. Perang yang ditambah lagi dengan banjirnya maksiat dan mungkaran. Yang
ditengah-tengah itu, disamping berkewajipan menjaga anak-anak kita, diri dan
keluarga. Kita pun juga berkewajipan menjaga kedaulatan tanahair yang kita
cintai.
Allah S.W.T. juga berfirman: “Sesungguhnya orang-orang
yang tidak beriman, sama sahaja untuk mereka, baik kamu beri peringatan atau
tidak beri peringatan, mereka tidak akan beriman."(Surah Al-Baqarah ayat
6)
Ingatlah apabila timbul perselisihan di muka
bumi ini, pulangkanlah ia pada Robbul Jalil, rujuklah hanya kepada Islam. Islam
adalah agama yang lengkap dan tertinggi, tiada satu agama pun yang dapat
menandingi kesempurnaan Islam. Mengapa kita masih berdegil menjauhkan diri
daripada Nur kebenaran ini? Adakah, "The Way of Life" atau undang-undang
serta peradaban lain, yang lebih syumul, dari Islam itu sendiri?
Kembalilah kita pada Allah, akhirat jua yang
kekal selamanya. Allah masih menerima taubat kita selagi nyawa belum sampai ke
halkum. Firman Allah: "Qulu nafsin za ika tul maut" ...setiap yang
bernyawa pasti menemui ajal. Kata seorang Ulama lagi, “One step that you take
towards Allah, One thousand steps he takes towards you".
Akhir kalam, semoga Allah selamatkan kita dan
generasi kita dari ditimpa dari azab yang amat pedih. Terima Kasih atas segala
perhatian dan mohon maaf diatas segala kekurangan, "Usikum wa iyaya bi
taqwallah, Wassalmualakum waroh matullahi wabarohkatuh".
Qur'an Says: "and (the unbelievers) plotted
and planned, and God too planned, and the best of planners is God."
(SIII-54)
2 komentar:
walaupun salinan dari ceramah KH. Zainuddin MZ, saya sangat terbantu. Cuman sy sangat cari teks hadis asli "Yusqu anta da'a alaikumul umamu......" klw udh dpat, tlong infokan yach! nih, no.hp qu "085299981305"
walaupun salinan dari ceramah KH. Zainuddin MZ, saya sangat terbantu. Cuman sy sangat cari teks hadis asli "Yusqu anta da'a alaikumul umamu......" klw udh dpat, tlong infokan yach! nih, no.hp qu "085299981305"
Posting Komentar