Sayyidina Abu Bakar Ra.
Berkata:
Orang yang bakhil itu
tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan,
yaitu:
1.
Ia akan mati
and hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya
2.
Hartanya akan
diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
3.
Hartanya
menjadi rebutan orang-orang jahat and akan dipergunakan untuk kejahatan pula
atau;
4.
Adakalanya
harta itu akan dicuri and dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang
tidak berguna .
Sayyidina Umar Al
Khattab Ra. Berkata:
1.
Orang yang
banyak ketawa itu kurang wibawanya.
2.
Orang yang suka
menghina orang lain, dia juga akan dihina.
3.
Orang yang
menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
4.
Barangsiapa
menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.
Sayyidina Othman Ibnu
Affan Ra. Berkata:
Antara tanda-tanda
orang yang bijaksana itu ialah:
1.
Hatinya selalu
berniat suci
2.
Lidahnya selalu
basah dengan zikrullah
3.
Kedua matanya
menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
4.
Segala perkara
dihadapainya dengan sabar dan tabah
5.
Mengutamakan
kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
Sayyidina Ali
Karramallahu Wajhah berkata:
1.
Tiada solat
yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
2.
Tiada puasa
yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
3.
Tiada kebaikan
bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
4.
Tiada kebaikan
bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara' (memelihara diri dan
hati-hati dari dosa).
5.
Tiada kebaikan
mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
6.
Nikmat yang
paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
7.
Doa yang paling
sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
8.
Barangsiapa
yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya,maka
hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, berarti dia tidak
wara', sedang orang yang tidak wara' itu berarti hatinya mati.
0 komentar:
Posting Komentar