Kata kata mutiara ini di ambil dari berbagai sumber baik
dari koleksi maupun literatur lainnya, dengan harapan dapat bermanfaat bagi
sobat maupun bagi diri sendiri. Kata Kata Mutiara Indah Penuh Makna
KATA KATA MUTIARA
Kita lahir dengan
otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun
kita, kita tetap kaya. Karena tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri
otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak
anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan. Kita lahir dengan 2 mata
dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Karena mulut adalah senjata
yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan
banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit
mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya. Kamu dapat mengenal lebih
banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari
jawaban-jawabannya. ~ Voltaire
Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja,
asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan. Lebih baik tidur dengan
perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang. ~ Anonim
Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya.
Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah
hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat
jahat. ~ Pepatah Arab
Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih
baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu. Sabar
adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar. Kepala
yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak
dibela. ~ Napoleon Bonaparte
Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, karena engkau
dipandang manusia bukan karena rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab. Setiap
yang kita lakukan biarlah jujur karena kejujuran itu telalu penting dalam
sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang. Esok
pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk
menghadapi esok yang pastikan mendatang. Reaksi emosi jangan dituruti karena
implikasinya tidak seperti yang diimaginasi. Orang yang bahagia itu akan selalu
menyediakan waktu untuk membaca karena membaca itu sumber hikmah menyediakan
waktu tertawa karena tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk
berfikir karena berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal karena
beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda karena bersenda
itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat karena beribadat
itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. Masa depan itu dibeli oleh masa
sekarang. ~ Samuel Johnson
Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun
terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup. Pengecut mati banyak
kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali. Lombong emas dalam
diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan
sepuas-puas yang kamu inginkan. ~ Abdullah Mansur M.H
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih
untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya
tidak dibajai dengan keberanian. Tiada siapa yang paling pandai dan paling
bodoh di dunia ini karena setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap
yang bodoh itu boleh menjadi pandai. Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu
ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan
itu satu masa yang ditinggalkan. Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya,
hilang kewibawaannya. Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji..
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang
amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Kebanyakan orang membuang
banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan mencoba untuk
menyelesaikannya. Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang
paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa
yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.
Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah
orang itu. ~ Whittier
Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga
bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali. Jangan sekali-kali kita
meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. Biarpun
jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan. Dalam kerendahan hati
ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan
hidup ada kekuasaan ilmu. Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan
berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran. ~ Flower A. Newhouse
Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa.
Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu
terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi
sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi
dengan riak. Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik
untuk bertindak. Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah Rahasia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk
belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan
dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk
bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa,
itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu
adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah
nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju
syurga. Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras
dengan tindakannya. Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting
mengetahui nilainya. Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali..
Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai Rahasianya.
Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah
banyak lagi berharga. Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk
merancang. ~ William J. Siegel
Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada
orang lain karena orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka
hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam
hidupnya. Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.. Reputasi anda ialah apa
yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah
laku anda. Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat karena
ia kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan. Apa yang anda
fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri. Jangan
serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib. Teman
manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. Memohon
doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut
pantai keperluan hidup manusia. Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan
kesabaran. ~ Horatius
Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling
takut pada perubahan. ~ Mognon Me Lauhlin
Rahasia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.. Jika
anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat
sesuatu, anda akan cari alasan. ~ Peribahasa Arab
Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong.
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. ~ Charles Cahier
Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya. Memang
amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang
yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat
sukar. Padahal mudah, karena ia dimulai daripada dirinya sendiri. ~ Said
Mustafa
Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh
lagi.. Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua
yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan. Menyimpang seinci, rugi
seribu batu. ~ Peribahasa Cina
Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak
perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara. Jika
kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi
belajarlah untuk menaiki tangga tersebut. Ada dua cara seseorang itu tidak
boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang
yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh. Keberanian yang sebenar ibarat
layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah,
sebaliknya menaikkannya. ~ John Petitsenn
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan
kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita
tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke
akhir hayat. ~ Joseph Conrad
Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu
bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang
terus-menerus. Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa
yang belum kamu selesaikan. Orang yang cemerlang melihat setiap halangan
sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang
menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.
Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam
poket. Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri. Hidup yang
berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam
yang akan sampai. Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran,
masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan
terlalu diangan-angankan. Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan,
berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah
seribu kebodohan. Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal
yang suka berfikir. Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu
buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat. Karena anda
dapat mengawal kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa anda adalah diri
anda setelah pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak sedar. ~ Barbara
Hall Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan mereka yang
cuai, dan beri amaran kepada mereka yang menentang. ~ Whitney W Young
Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi
harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga. ~ Dr. Mahathir
Mohamad
Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu
sedikit. ~ Allen Tate
Kegagalan hari Ini berarti pendorong, namun kejayaan semalam
bukan berarti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi
bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi.
Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa.
Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini
menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan. Orang yang
bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri. Terdapat banyak
kemungkinan untuk gagal karena kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara
iaitu USAHA. Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda
sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan. Pengalaman ialah gelaran yang
diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka. Kebodohan ialah
kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai. Gunakan
akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya. Anda tidak akan berjaya
menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu. Jika anda
berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah
untuk menaiki tangga tersebut. Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan
kehidupan anda dan lupakan masa silam. Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang
yang sedang bersabar. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada
menuding kesalahan kepada pihak lain. Setiap malam sebelum tidur,anda perlu
menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari.
Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, karena anda masih mempunyai masa
depan. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal
kemanisan......... Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung
kepadanya ~ Hamba Allah
Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam
hidup sampai kepada penghabisan umur ~ Hamba Allah Kebijaksanaan menjanjikan
kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan
penderitaan. Rahasia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut
kesempatan yang menjelma. Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti
menghadapinya. ~ Albert Camus
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya
datang dari semangat yang tidak pernah mengalah. Mengetahui perkara yang betul
tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang
terbaik. Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka
tenanglah batinnya. Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. ~ Cecil B. DeMille
Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya
tidak singgah ke pelabuhan. Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang
itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu. ~ Aflatun
Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada
usaha yang besar. Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan
perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan
pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. Rezeki..
ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha &
tawakkal. Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak
pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.
Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila
ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas. Berfikir secara
rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara
menyelesaikan masalah yg paling berkesan. Berfikir itu cahaya, kelalaian itu
kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang
yang menganiaya orang bawahannya. Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh
mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal
komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya. Sesungguhnya orang yang
berakal itu menyembunyikan Rahasianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya.
Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak)
sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke
arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar. Jangan
mengukur kebijaksanaan seseorang hanya karena kepandaiannya berkata-kata tetapi
juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya. Kecantikan yang abadi
terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada
wajah dan pakaiannya. Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak
dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah. ~ Wahab B.
Munabin
Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka.
Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan. ~ Andre Colin
Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai
sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka. ~ Soekarno
Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan
budi pekerti ~ Hukama
Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka
belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah
darinya ~ Confucius
Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi
tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara. ~ Abraham Lincoln
Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah
lumpuh. ~ Albert Einstein
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas
kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah
mulia dan terpuji. ~ La Roche
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita karena kita belum pasti adakah
hari esok kita masih diberi peluang. Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati
yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita
fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan
kenyataan. Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. ~ Marcus Aurelius
Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke
dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang
terbuka setelah mengukur dalamnya. ~ Stahl P.J
Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna
jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan. Kegagalan ialah satu-satunya
yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun. Sekiranya seorang
manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama
sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare
menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua
yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat
tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya
dengan baik sekali. Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi,
tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan
tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah
mencapai matlamatnya. Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia,
iaitu kerja dan bukannya usia. ~ Richard Brinsley Sheridan
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya
telah melakukan satu kesalahan lagi. ~ Confucius
Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan
memulainya sesudah tua seperti menulis di air. Harta akan habis digunakan tanpa
ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan. Sampan tidak
akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu. ~ Pepatah
Arab
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah. ~ Lao Tze
Awal mula pohon ialah benih.. Gantungkan azam dan semangatmu
setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum
bererti ia melihat. Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang
berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi
pada hari esok. Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan
menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu.
Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.
Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri.
Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana
yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang
kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan
mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada menmencoba untuk
menukar dirinya sendiri. Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan
berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan
jangan memberitahu semua yang kamu dengar. Seseorang menganggap sekatan sebagai
batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan
terkejut dengan hasilnya. Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai
adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya
membalas dan bersikap adil ketika kuat. ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan
Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya
ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan. Kalau
tidak karena semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa,
belum tentu hari ini kita akan berada di sini. Fikirkan hal-hal yang paling
hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan
engkau akan mencapai yang tertinggi. Dunia ini tiada jaminan melainkan satu
peluang. Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah
tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi. Jika
anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya karenanya.
Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan
menjadi milik anda. ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)
Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila
kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah. ~ T.S Matthews
Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam menmencoba,
bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal menmencoba
dan terus menmencoba sehingga kejayaan yang dikecapi. Seseorang manusia harus
cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil
manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti
pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu
tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan
kegagalan kamu dan rasa sakit hati. Doa memberikan kekuatan pada orang yang
lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian
pada orang yang ketakutan. Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita
miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak
tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya. Hidup tanpa
pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah. Keutamaan akal
ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian. Kesempatan
yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar. Agama
tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan
agama. Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak
lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya. Sesiapa yang tidak berfikir
panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya. ~ Khong Hu Cu
Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya,
tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian
yang dideritainya. Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi
dengan cemerlang. Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti
ilmunya ialah ucapannya. Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk
perkara-perkara besar. Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada
dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.
Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah
ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya
takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini. Setitik
dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya. Semulia-mulia manusia
ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi,
memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. ~ Khalifah Abdul
Malik Marwan
Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula
berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya. ~ Voltaire
Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, karena kita
tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan,
pandanglah masa depan kita. Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan
di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk
berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana
yang salah. Terima kasih sudah meluangkan waktu untuk membaca kata kata mutiara
indah penuh makna
0 komentar:
Posting Komentar