Sebelum Isra' dan Mikraj:
RASULULLAH saw
mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh jibril, mika`il dan satu
malaikat yang lain. Hati baginda saw dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul
hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan
hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah saw. Selesai pembedahan,
didatangkan bintang Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan
luar biasa yang dinamakan "Israk" itu. Israk (Perjalanan dari
Masjidil-Haram ke Masdil-Aqsha):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah saw diiringi (ditemani) oleh Jibril a.s dan Israfil a.s. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersembahyang dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah: Madyan dan Tursina, iaitu tempat nabi Musa as berkata-kata (munajat) dengan Allah; Baitul-Laham (tempat nabi 'Isa a.s dilahirkan).
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah saw menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Raslulullah saw dibertahu oleh Jibril : Itulah kaum yang berjihad fi sabilillah yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
Tempat yang berbau harum. Rasulullah saw diberitahu oleh jibril : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai tuhan).
Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibril meberitahu Rasulullah : Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu neraka jahannam. Kata Jibril : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibril: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril : Itulah orang yang makan riba`.
Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril : tulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibril: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibril : Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibril: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah saw tidak menghiraukannya. Kata Jibril: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
Tiba di masjid al-Aqsha, Rasulullah turun dari buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi ma`mum.
Rasulullah saw terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibril: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan mi'raj
(tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah saw dan Jibril a.s. naik ke atas
tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Langit Pertama:
Rasulullah saw dan
Jibril masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan nabi Adam a.s. Kemudian
dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat
orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina
lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
Langit Kedua:
Nabi saw dan Jibril
naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan nabi 'Isa a.s dan
nabi Yahya a.s.
Langit Ketiga:
Naik langit ketiga.
Bertemu dengan nabi Yusuf a.s.
Langit Keempat:
Naik tangga langit
keempat. Bertemu dengan nabi Idris a.s.
Langit Kelima:
Naik tangga langit
kelima. Bertemu dengan nabi Harun a.s yang dikelilingi oleh kaumnya Bani
Israil.
Langit Keenam:
Naik tangga langit
keenam. Bertemu dengan nabi-nabi. Seterusnya dengan nabi Musa a.s. Rasulullah
mengangkat kepala (disuruh oleh Jibril) lalu dapat melihat umat baginda sendiri
yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Langit Ketujuh:
Naik tangga langit
ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan nabi Ibrahim Khlilullah
yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada
Rasulullah saw, nabi Ibrahim a.s. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan
Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka
berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA
WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, nabi Irahim a.s
bersabda, "Sampaikan salamku kepada umahmu dan beritahu mereka, syurga itu
baik tanahnya, tawar airnya dan tanaman- ya ialah lima kalimah, iaitu:
SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ____ ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA
HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca
setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah
melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibril masuk ke dalam
Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas
Baitullah di Mekah).
Tangga Kedelapan:
Di sinilah disebut
"al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha.
Rasulullah s.a.w menyaksikan pelbagai keajaipan pada pokok itu : Sungai air
yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun,
batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata
yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi
oleh manusia. Baginda Rasulullah s.a.w dapat menyaksikan pula sungai al-Kautsar
yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat
neraka berserta dengan Malik penunggunya.
Tangga Kesembilan:
Tangga Kesembilan:
Di sini berbetulan
dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w masuk di dalam nur dan
naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang
ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah
berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
Tangga Kesepuluh:
Baginda Rasulullah
sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah
Subhanahu wa Taala dengan mata kepalanya, lantas sujud.
Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T: Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami
perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb.
Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang
besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang
besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman
yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman
menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan
Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan
menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T: Aku
ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembiran
dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan
umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari
qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan
kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah
sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada
kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku
kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah
panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu)
sembahyang.
Selesai munajat,
Rasulullah s.a.w di bawa menemui nabi Ibrahim a.s kemudian nabi Musa a.s. Nabi
Musa a.s. menyuruh Rasulullah s.a.w merayu kepada Allah S.W.T agar diberi
keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali
merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan
memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya
sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj :
Rasulullah a.s turun
ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang
buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini
bagina bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti)
peistiwa israk-mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu
berlaku pada malam Isnin, 27 Rajab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu
a'lam. [Ringkasan dengan bahasa moden
daripada kisah Israk Mikraj dalam kitab Jam'ul-Fawaa`id]
ISRAK DAN MIKRAJ
Salah satu peristiwa
besar dalam sejarah Islam berlaku dalam bulan Rejab, iaitu mukjizat Israk dan
Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab. Firman Allah SWT dalam al-Israk, ayat 1
bermaksud :
"Maha Suci Allah yang menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam haridari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya, Allah jualah yang amat mendengar lagi maha mengetahui."
Berdasarkan ayat itu, ulama sependapat bahawa Israk dan Mikraj berlaku terhadap Rasulullah SAW adalah dengan roh dan jasad walaupun ada mendakwa kejadian itu berlaku dengan roh saja. ISRAK bererti berjalan di malam hari dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin. MIKRAJ pula bererti diangkat ke alam ghaib melalui langit yang berlapis-lapis dengan keizinan Allah SWT. PERJALANAN ISRAK bererti berjalan di malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin). Ketika Rasulullah SAW diisrakkan pada malam itu, baginda terlebih dahulu mengalami penbedahan dada, dilakukan oleh Malaikat Jibril dengan mengeluarkan segala kotoran dan diisi dengan iman dan hikmah, kemudian dibersihkan hati baginda dengan air zamzam dan dicantumkan semula.
Dengan kenderaan dinamakan 'Buraq', Rasulullah ke Baitulmaqdis dan di Masjidil Aqsa, Rasulullah mengerjakan solat 2 rakaat sebelum Jibril menghidangkan dua jenis minuman khamar (khamr dalam bahasa Arab yang bermaksud sesuatu yang memabukkan, dalam konteks ni merujuk kepada air yg memabukkan) dan susu. Lantas Baginda memilih susu. Jibril berkata: "Benar, engkau telah memilih air susu adalah lambang kesucian dan seandainya engkau mengambil minuman keras nescaya akan tersesatlah engkau dan umat engkau."
Ketika Mikraj pula, Rasulullah menempuh perjalanan melalui tujuh lapis langit ditemani oleh Jibril. Langit pertama dimuliai oleh Adam, langit kedua Nabi Yahya dan Isa, langit ketiga Nabi Yusuf, langit keempat Nabi Idris, langit kelima Nabi Harun, langit keenam Nabi Musa dan langit ketujuh Nabi Ibrahim di Baitul Makmur. Malah ditempat lebih tinggi dari langit ketujuh itulah, Allah menyampaikan perintah mulia untuk Baginda dan umatnya,iaitu mengerjakan solat.Pada mulanya, perintah solat wajib itu menghendaki ia dilaksanakan 50 kali sehari semalam tetapi selepas nabi Musa menasihatkan Rasulullah supaya meminta dikurangkan kerana ia percaya umat Nabi Muhammad tidak akan berdaya melakukannya ,akhirnya
mendapat keringanan Allah SWT untuk mengerjakan lima waktu solat saja. Selepas perintah solat itu, Rasulullah kembali kedunia dan tiba di Makkah ketika subuh. Begitulah perjalanan dari Makkah ke Palestin, kemudian naik kelangit dan lebih tinggi sebelum menerima perintah solat.
Peristiwa Israk dan Mikraj ini tidak akan dapat diyakini kebenarannya jika kita bersandar kepada fikiran sahaja,tetapi hendaklah diyakini berdasarkan iman dan pegangan kepada Islam serta kebenaran Rasul.Sesungguhnya, mukjizat Israk dan Mikraj memperlihatkan kekuasaan Allah SWT.
PERISTIWA
Menerusi peristiwa Israk dan Mikraj kita diceritakan berbagai kisah yang dilihat oleh Rasulullah.Hadis At-Tabrani dan Al-Bazar menjelaskan Rasulullah melihat:
1.
Satu kaum yang
bercucuk tanam dan menuai hasil pada hari yang sama (menanam, menuai dan
kemudian mengeluarkan hasil).Mereka ialah orang yang berbelanja Fisabilillah
yang menerima ganjaran yang besar di sisi Allah hingga 700 kali ganda.
2.
Kaum yang
menghempap kepala kebatu kemudian pecah berkecai, ia bercantum semula.Meraka
adalah kaum yang malas mengerjakan solat fardu.Contohnya, bila sakit tinggal solat,
ada masa buat,tak ada masa tak buat, bila berjalan jauh tinggal solat, sibuk
bekerja tinggal solat, kenduri tinggal solat , bila berlaku kematian tinggal
solat dengan alasan sibuk dan sebagainya.
3.
Kaum yang
berpakaian koyak di hadapan dan belakang, makan pohon yang berduri, daun yang
pahit dan batu-batu Jahannam. Mereka adalah kaum yang tidak membayar zakat.
4.
Kaum yang
ditangan ada daging busuk dan baik , kemudian mereka memilih yang busuk adalah
kaum yang ada isteri atau suami tapi suka berzina dengan orang lain.
5.
Kaum yang
kumpul kayu besar dan tak larat mamikulnya tetapi ditambah lagi.Mereka adalah
kaum yang suka ambil amanah tapi tak menunaikannya.
6.
Kaum yang
menggunting bibir mulut mereka. Mereka adalah orang yang suka sambung fitnah
atau
menambah.
menambah.
7.
Ditunjukkan
juga syurga yang tidak dapat digambarkan keindahannya.
8.
Ditunjukkan
juga lembah neraka yang busuk.
Hadis di riwayatkan oleh Abu Said dan di keluarkan oleh Baihaqi pula menceritakan Rasulullah melihat:
Melihat kaum yang buncit perut, cuba berdiri kemudian tersungkur ke hadapan.Mereka adalah orang yang makan riba. Melihat satu kaum yang bibir setebal bibir unta, menelan bara api dan keluar ikut dubur.Mereka adalah orang yang makan harta anak yatim. Melihat satu kaum yang memotong daging rusuk dan dimakannya.Mereka adalah orang yang suka menabur fitnah dan menganiayai orang lain.
Hadis oleh At-Tarmizi dari Ibnu Mas'ud pula menceritakan :
Rasulullah apabila
berjumpa Nabi Ibrahim telah dipesankan: " Anjurkan umatmu memperbanyak-kan
tanaman di syurga. Rasulullah bertanya apakah tanamannya, jawabnya Ucapkanlah
"Subhanallah Walhamdulillah wala ilaha illa billahu akbar, wala haula wala
quwatailla billa."
Buletin Al-Barakah 1998
"Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang
dekat. " (As-Syu'Araa, 214)
0 komentar:
Posting Komentar